Sunday, May 6, 2012

3 Peringkat Ujian untuk menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik



Kerjaya sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik adalah sesuatu yang eksklusif dan berada di dalam kelas yang tersendiri. Oleh itu, bukan mudah untuk seseorang itu bergelar Pegawai Tadbir Diplomatik andai tiada pengetahuan dan kelayakan yang mencukupi. Namun begitu, kepada calon calon yang dipanggil untuk peperiksaan PTD 12 Mei 2012 ini, anda tidak perlu risau kerana kami ada panduan khas untuk membantu anda lulus dengan cemerlang. Panduan ini telah membantu ramai calon calon yang lepas sejak tahun 2009 lagi. SIla kilik banner di bawah untuk maklumat lanjut. 





Tawaran ditutup pada 9 Mei 2012! Dua hari saja lagi! Cepat bertindak, Insyaallah lulus. 



Tiga peringkat Ujian untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)


Secara umumnya, tahap kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik. Mereka yang tidak dipanggil untuk menjalani peperiksaan PTD mungkin bermasalah dengan kelulusan yang mereka ada.




Peringkat Pertama : Ujian Peperiksaan PTD

- Di sini calon calon yang dipanggil untuk menjalani peperiksaan perlu banyak membaca terutamanya berkenaan dengan isu semasa. Ramai yang gagal pada peringkat ini bukan kerana mereka tidak membuat persediaan dan kurang membaca, tetapi teknik atau apa yang dibaca itu sebenarnya tidak keluar di dalam soalan peperiksaan. Jadi calon harus tahu format dan contoh soalan yang lazimnya keluar. 





Peringkat Kedua : PTD Assessment Centre (PAC)

- Hanya mereka yang berjaya dalam Peperiksaan PTD sahaja yang akan dipanggil ke Assessment Centre ini. Di Assessment Centre ini anda akan dinilai dengan lebih dekat lagi. PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.




Peringkat Ketiga : Temuduga oleh panel PTD

-  Setelah anda berjaya di Assessment Centre, anda akan ditemuduga oleh panel PTD untuk menentukan sama ada anda layak atau tidak untuk menjadi seorang pegawai Tadbir Diplomatik. Jika berjaya, maka tahniah! Anda sudah layak untuk memegang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik. 




No comments:

Post a Comment